APDM Kehadiran: Panduan Lengkap Pengurusan Kehadiran Murid

Pengurusan rekod APDM kehadiran murid merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah. Rekod kehadiran setiap murid dicatat setiap hari persekolahan berdasarkan takwim persekolahan. Sistem APDM kehadiran online ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dengan tepat berkaitan perancangan dan strategi pengurusan pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju bahawa kehadiran murid hanya direkod menggunakan APDM KPM melalui Sistem Kehadiran Murid.

Namun begitu, bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, dibenar menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) untuk merekod kehadiran murid.

APDM Kehadiran Murid – Panduan Langkah demi Langkah

LOGIN MASUK: PENTADBIR SISTEM 

  • 1. Log masuk sebagai pentadbir sistem.
  • 2. Klik menu Kehadiran.
Apdm Kehadiran Login Masuk Pentabdur Sistem
  • 3. Klik Kehadiran Harian Kelas. 
  • 4. Klik menu kehadiran bulanan.
  • 5. Plilih Tahun.
  • 6. Pilih kilas.
Apdm Kehadiran Login Masuk Pentabdur Sistem step 2
  • 7.  Laporan analisa bulanan akan memaparkan jumlah Peratus hadir dan Jumlah Hadir murid mengikut bulan.
  • 8. Klik Cetak Laporan untuk mencetak laporan dalam bentuk dokumen pdf.
  • 9. Klik Laporan Kedatangan Murid untuk melihat analisa kehadiran kelas mengikut tarikh
  • 10. Analisa laporan akan memaparkan bilangan murid hadir per bilangan jumlah sebenar murid dalam kelas tersebut.

 

Apdm Kehadiran Login Masuk Pentabdur Sistem step 3
  • 11. Klik bulan untuk memaparkan kehadiran murid secara individu mengikut tarikh.
  • 12. Klik pada link untuk sebab murid Tidak Hadir dan sebab-sebab lain yang berkaitan.
Apdm Kehadiran Login Masuk Pentabdur Sistem step 4
  • 13. Laporan Keseluruhan akan memaparkan analisa kehadiran murid dalam kelas tersebut. 
  • 14. Klik Cetak Laporan untuk mencetak laporan dalam bentuk dokumen pdf.
Apdm Kehadiran Login Masuk Pentabdur Sistem step 5





LOGIN MASUK : GURU KELAS 

  • 1. Log Masuk sebagai Guru Kelas.
  • 2. Klik menu Kehadiran. 
  • 3. Klik menu Kehadiran Harian.
  • 4. Sila pilih tarikh untuk mengunci masuk kehadiran.
  • 5. Sila pilih Sebab Ketidakhadiran jika murid Tidak Hadir.
Apdm Kehadiran Login Masuk Guru Kelas step 1

 

  • 6. Klik Kemaskini setelah selesai. Klik Reset Kehadiran untuk mereset semula kehadiran.
  • 7.  Sila pilih Sebab Ketidakhadiran jika murid Tidak Hadir. 
  • 8. Analisa laporan akan memaparkan bilangan murid hadir per bilangan jumlah sebenar murid dalam kelas tersebut. 
Apdm Kehadiran Login Masuk Guru Kelas step 2
  • 9. Klik Laporan Kedatangan Murid untuk melihat analisa kehadiran kelas mengikut tarikh. 
  • 10. Analisa laporan akan memaparkan bilangan murid hadir per bilangan jumlah sebenar murid dalam kelas tersebut.
  • 11. Klik bulan untuk memaparkan kehadiran murid secara individu mengikut tarikh.  
Apdm Kehadiran Login Masuk Guru Kelas step 3
  • 12. Klik pada link untuk melihat sebab murid Tidak Hadir dan sebabsebab lain yang berkaitan.
  • 13. Laporan Keseluruhan akan memaparkan analisa kehadiran murid dalam kelas tersebut. 
  • 14. Klik Cetak Laporan untuk mencetak laporan dalam bentuk dokumen pdf.
Apdm Kehadiran Login Masuk Guru Kelas step 4

MANUAL PENGGUNA APLIKASI MUDAH ALIH EKEHADIRAN MURID 

  • 1. Muat turun dan pasang (install) aplikasi mudah alih eKehadiran Murid di Google Play atau App Store ke dalam telefon bimbit.
  • 2. Guru kelas memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan seperti dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  • 3. Pilih tarikh perekodan kehadiran murid. Senarai nama murid akan dipaparkan. Tetapan lalai (default) bagi kehadiran adalah Hadir.
  • 4. Jika murid tidak hadir, guru kelas perlu untick pada kotak hadir. Klik seterusnya jika telah selesai merekodkan kehadiran.
PENGGUNA APLIKASI MUDAH ALIH EKEHADIRAN MURID step 1
  • 5. Pilih sebab ketidakhadiran berdasarkan dokumen yang diterima daripada murid.
  • 6. Klik Simpan Kehadiran selepas selesai merekod kehadiran murid. Klik Kembali jika terdapat pindaan pada kehadiran murid. Analisis Kehadiran akan dipaparkan.
  • 7. Klik Rekod untuk melihat rekod kehadiran murid bagi 30 hari dari tarikh semasa.
  • 8. Klik Hubungi untuk mendapatkan bantuan pegawai meja.
PENGGUNA APLIKASI MUDAH ALIH EKEHADIRAN MURID step 2

APDM Kehadiran: Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2019, telah mengarahkan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Kehadiran Murid (APDM). Arahan ini bertujuan memastikan pengurusan rekod kehadiran murid dilakukan secara standard di semua sekolah di bawah seliaan Kementerian, seperti yang dinyatakan dalam panduan yang dikeluarkan.

Objektif utama adalah untuk memastikan sistem perekodan kehadiran yang standard dan digital di semua sekolah. Berikut adalah garis panduan utama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Penggunaan Wajib APDM

Semua guru kelas mesti merekodkan kehadiran murid menggunakan sistem APDM. Sekolah tidak lagi diwajibkan menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) untuk tujuan merekodkan kehadiran.

Pengecualian bagi Kawasan Tanpa Capaian Internet

Sekolah yang berada di kawasan tanpa capaian internet perlu mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengarah Pendidikan Negeri (bagi negeri tanpa pejabat pendidikan daerah) untuk terus menggunakan JKM bagi merekodkan kehadiran murid.

Langkah Sementara untuk Gangguan Internet

Sekiranya berlaku gangguan capaian internet sementara, sekolah diwajibkan menggunakan Borang Kehadiran Sementara (Lampiran B) untuk merekodkan kehadiran. Data yang direkodkan perlu dikemaskini ke dalam sistem APDM dengan segera selepas capaian internet pulih.

Kemaskini Harian dan Bulanan Kehadiran

Guru kelas perlu mengemaskini rekod kehadiran murid dalam sistem APDM atau JKM sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Analisis bulanan kehadiran murid bagi setiap kelas mesti disemak, dicetak, ditandatangani, dan difailkan pada hari terakhir setiap bulan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bertanggungjawab untuk memantau dan mengesahkan ketepatan rekod kehadiran murid di sekolah masing-masing.

Akses kepada Sistem APDM

Sistem APDM boleh diakses melalui laman web rasmi (https://apdm.moe.gov.my) atau melalui aplikasi mudah alih eKehadiran Murid. Garis panduan pelaksanaan yang lengkap disediakan dalam Lampiran A untuk rujukan pihak sekolah.

Dengan mematuhi garis panduan ini, sekolah dapat memastikan pengurusan kehadiran murid yang berkesan dan cekap selaras dengan standard Kementerian Pendidikan.

Read Also: Apdm Ibu Bapa Panduan

Peranan Dan Tanggugjawab Dalam Apdm Kehadiran Sistem

Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Negeri (bagi negeri yang tiada PPD)

  • Menerima, menyemak, memproses dan meluluskan permohonan daripada pihak sekolah untuk menggunakan JKM bagi merekod kehadiran murid.
  • Membantu dan membimbing pihak sekolah dalam pengurusan rekod Sistem Kehadiran Murid.
  • Menerima analisis bulanan kehadiran murid bagi sekolah yang menggunakan JKM.
  • Sekiranya sekolah telah menerima capaian internet, PPD/JPN perlu membatalkan kelulusan penggunaan JKM dan sekolah tersebut hendaklah merekod kehadiran murid melalui Sistem Kehadiran Murid.

Pengetua/Guru Besar

  • Pentadbir Utama bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di dalam Modul Pengurusan Murid.
  • Memastikan takwim cuti peristiwa, bencana dan ganti dikemaskini dalam eOperasi (boleh dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran) supaya paparan cuti atau hari ganti persekolahan termasuk dalam kalendar kehadiran.
  • Memantau dan melihat status pengisian kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid atau JKM (bagi sekolah yang menggunakan JKM).
  • Merancang pelaksanaan intervensi bagi menangani masalah ketidakhadiran murid.
  • Mengesahkan laporan bulanan Sistem Kehadiran Murid atau JKM bagi setiap kelas.
  • Memberi arahan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Guru Kelas dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah.
  • Membuat permohonan kepada pihak PPD/JPN untuk menggunakan JKM kerana tiada capaian internet.
  • Menghantar analisis bulanan kehadiran murid bagi sekolah yang menggunakan JKM kepada pihak PPD/JPN.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

  • Berperanan sebagai Pentadbir Sistem APDM.
  • Mendaftar dan menyemak maklumat guru kelas bersama Penolong Kanan Pentadbiran di dalam APDM selaku pegawai yang bertanggungjawab untuk log masuk Sistem Kehadiran Murid.
  • Memantau dan melihat status pengisian Sistem Kehadiran Murid atau JKM bagi setiap kelas pada setiap hari.
  • Memadam data murid yang bertukar sekolah dan berhenti sekolah.
  • Melaksanakan tindakan susulan terhadap langkah intervensi mengatasi masalah ketidakhadiran murid.
  • Memastikan guru kelas membuat cetakan analisis kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid pada setiap akhir bulan.
  • Menyemak dan menandatangani analisis bulanan Sistem Kehadiran Murid setiap kelas.
  • Menyelaras dan memastikan rekod kehadiran harian murid direkodkan dalam Sistem Kehadiran Murid atau JKM bagi kelas yang ketiadaan guru kelas disebabkan bercuti atau menjalankan tugas di luar pejabat.

Guru Kelas

  • Merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
  • Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam Sistem Kehadiran Murid berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh murid sebaik sahaja hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
  • Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan Sistem Kehadiran Murid.
  • Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong Kanan HEM.
  • Memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem Kehadiran Murid.

KRITERIA SEKOLAH YANG DIBENAR MENGGUNAKAN JKM

  • Tiada talian internet.
  • Gangguan capaian internet yang kerap, berterusan dan sepanjang masa.
  • Telah mendapat kelulusan dan kebenaran untuk menggunakan JKM daripada PPD/JPN.

BORANG KEHADIRAN SEMENTARA

  • Borang ini digunakan sekiranya terdapat gangguan capaian internet.
  • Guru kelas perlu merekod kehadiran murid ke dalam Sistem Kehadiran Murid setelah capaian internet pulih seperti sedia kala.
  • Format borang diberikan di bawah.
BORANG KEHADIRAN SEMENTARA

Merekod Sebab Ketidakhadiran dalam APDM Kehadiran


Merekod sebab ketidakhadiran adalah penting untuk memantau kesejahteraan murid dan mengenal pasti trend kehadiran.

Kategori Umum Ketidakhadiran

  • Aktiviti Sekolah
  • Ancaman Keselamatan
  • Bencana Alam
  • Cuti Sakit
  • Lain-lain Sebab
  • Masalah peribadi
  • Tiada Sebab
  • Urusan Keluarga

Keperluan Dokumentasi:
Guru mesti menyimpan dokumentasi yang lengkap (contohnya, nota daripada ibu bapa, sijil perubatan) untuk semua sebab ketidakhadiran bagi menyokong komunikasi dengan pihak pentadbiran dan ibu bapa.

Amalan Terbaik untuk Pengurusan Kehadiran APDM

  • Rekod kehadiran setiap hari sebelum tamat sesi persekolahan.
  • Kemas kini sebab ketidakhadiran dengan segera.
  • Semak dan sahkan laporan bulanan untuk mengelakkan ketidaksesuaian.

Pegawai Yang Boleh Ihubungi

Teknikal Modul Pengurusan Murid (APDM)

  • Unit ICT
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • E-mel: [email protected]

Pelaksanaan Kehadiran Murid (Sistem Kehadiran Murid)

  • Unit Disiplin
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • E-mel: [email protected]

Teknikal dan pegawai meja JPN

  • Sektor Pengurusan Maklumat JPN – Teknikal
  • APDM-Pegawai Unit HEM (Biasiswa) JPN – Pegawai Meja
  • Sistem Kehadiran Murid – Pegawai Unit HEM (Disiplin) JPN – Pegawai Meja

Teknikal dan pegawai meja PPD

  • Unit ICT PPD – Teknikal
  • APDM-Penyelia Kanan HEM PPD – Pegawai Meja
  • Sistem Kehadiran Murid – Penolong PPD HEM/ Pembangunan Kemanusiaan – Pegawai Meja

PENUTUP

Pelaksanaan Kehadiran Murid dalam Modul Pengurusan Murid adalah salah satu usaha bagi memastikan murid mencapai lima (5) aspirasi seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.

Soalan Lazim

Kehadiran APDM ialah sistem digital untuk merekod kehadiran murid di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ya, sekolah yang tidak mempunyai capaian internet boleh menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) atau borang sementara sehingga capaian internet pulih.

Guru kelas mesti mengemas kini sebab ketidakhadiran dalam sistem APDM menggunakan dokumen sokongan yang diberikan oleh murid.

eAttendance menyediakan kemas kini masa nyata, akses mudah alih, dan ciri pelaporan automatik.

Laporan boleh dijana melalui Menu Kehadiran Bulanan dan dicetak dalam format PDF.